SELAMAT DATANG ke Bio Teknolgi ProFarm. Kami sedia membantu serta memberi khidmat TERBAIK kepada ANDA!!!!!

Rabu, 24 Jun 2009

PROJEK-PREOJEK FAMA MALAYSIA

TERMINAL MAKAN NEGARA (TEMAN)

Terminal Makanan Negara (TEMAN) merupakan pembangunan prasarana pasaran moden yang menghubungkan rangkaian pengeluar dan pembekal kepada pengguna. TEMAN berperanan sebagai pusat pemborongan hasil-hasil pertanian dan industri asas tani secara cekap dan berkesan. Ia juga berperanan sebagai pusat pengumpulan maklumat, penentu kecukupan dan keselamatan makanan serta agro pelancongan. Pembangunan TEMAN akan dilaksanakan melaui konsep perkongsian bersama kerajaan dan swasta (public-private partnership)

KONTRAK PEMASARAN

Kontrak pemasaran bertujuan untuk memperbaiki dan menyelesaikan masalah pemasaran hasil pertanian yang dikeluarkan serta boleh bersaing dengan hasil pertanian luar negara. Matlamat aktiviti ini ialah untuk meningkatkan kualiti dan nilai tambah produk. Ia juga bertujuan untukmenyokong aktiviti pengeluaran yang dilaksanakan supaya pembangunan sektor pertanian terus berkembang pesat dan menjadikan Malaysia sebagai pengeluar dan pengeksport makanan dunia.

Kontrak Pemasaran diwujudkan bagi menjamin pasaran dan bekalan yang berterusan. Ia juga merupakan satu ikatan persetujuan pengeluar/pengusaha dengan pihak FAMA yang akan bertindak sebagai pembeli/pemasar. Melaui kontrak ini -pengusaha bersetuju untuk mengeluarkan produk pada kualiti, kuantiti, jenis, varieti, pembungkusa, gred dan masa yang dipersetujui dan FAMA pula bersetuju untuk menjamin pasaran pada harga yang dipersetujui bersama.

PUSAT PENGUMPULAN (CC) DAN PUSAT PENGEDARAN (DC)

FAMA telah mewujudkan Pusat Pengumpulan ladang (CC) dan Kompleks Pengumpulan Ladang (KPL) di peringkat pengeluaran hasil pertanian.
Projek tersebut bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah pemasaran pertanian melaui amalan pengendalian lepas tuai, peningkatan mutu penggredan, pelabelan serta sebagai pusat saluran informasi pertanian. Buat masa ini FAMA telah membangunkan sebanyak 91 buah Pusat Pengumulan yang melibatkan seramai 2,232 orang peserta.

FAMA juga mewujudkan pusat-pusat pengedaran di kawasan bandar utama yang berhampiran dengan kompleks pasar borong sedia ada. Pusat Pengedaran (DC) berperanan sebagai pusat penerimaan, tambah nilai dan seterusnya mengedarklan hasil-hasil keluaran pertanian ke rangkaian pasaraya dan institusi. Pusat pengedaran mempunyai kemudahan dan peralatan untuk urusan pembungkusan semula, penyimpanana, pemeraman dan khidmat logistik penghantaran.

Selain berfungsi sebagai pusat edaran produk pertanian, pusat ini turutr berfungsi sebagai pusat penyebaran maklumat berkaitan pemasaran hasil pertanian dan teknologi yang berfaedah kepada petani dan pengusaha. Terdapat sebanyak 14 buah pusat pengedaran FAMA sedang beroperasi di seluruh negara.

"MALAYSIA'S BEST"

Malaysia's Best adalah merupakan sebuah lambang pengesahan kualiti dan keselamatan makanan hasil pertanian Malaysia yang memberi jaminan kepada pengguna bahawa produk yang mempunyai mohor tersebut telah melepasi tahap kawalan kualiti di peringkat ladang dan lepas tuai yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani setaraf dengan standard antarabangsa seperti Eurepgap.

Program Malaysia's Best telah dirangka dengan tujuan untuk mewujudkan satu jenama payung (umbrella brand) yang berkesan bagi tujuan promosi di dalam atau pun di luar negara. Ianya juga bertujuan untuk menanamkan kepercayaan pengguna terhadap kualiti dan keselamatan hasil tempatan dan seterusnya membina satu imej yang baik untuk barangan pertanian Malaysia.

SISTEM PEMADANAN MAKLUMAT BEKALAN DAN PERMINTAAN (SUPPLY DEMAND VIRTUAL INFORMATION -SDVI) DAN FAMAXCHAGE

SDVI merupakan satu sistem bersepadu yang dibangunkan oleh FAMA bagi memantau keseimbangan keadaaan pasaran dengan mengenalpasti permintaan hasil-hasil pertanian dan seterusnya pengeluaran.

Antara matlamat utama SDVI ialah untuk membantu pertumbuhan sektor pertanian menerusi teknologi maklumat (ICT) dengan memperkenalkan sistem dan penawaran serta mengintegrasikan maklumat keperluan pemasaran dengan keadaaan bekalan. Ia mengenalpasti anggaran permintaan dan bekalan dalam menangani lebihan atau kekurangan bekalan pada sesuatu masa. Dengan maklumat permintaan, pengeluaran dan harga pasaran komoditi berasaskan pertanian di seluruh negara, maka harga pasaran serta kuantiti pengeluaran dapat ditetapkan supaya bekalan dan permintaan boleh diwujudkan secara seimbang. SDVI boleh dilayari melalui laman web http://sdvi.fama.net.my atau http://www.fama.gov.my

Famaxchange merupakan satu portal informasi pemasaran pertanian yang dibangunkan oleh FAMA bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam membekal dan menyampaikan maklumat yang diperlukan oleh kumpulan sasar. Antara maklumat yang dimuatkan melalui laman web ini ialah harga pasaran terkini bagi produk pertanian, analisa industri, analisa harga, tinjauan pasaran, maklumat industri, maklumat pengeluar serta maklumat pelaburan. Alamat laman web ini ialah www.fama.gov.my

PASAR TANI MEGA dan GERAI BUAH-BUAHAN SEGAR (GBBS)

Pasar Tani Mega diperkenalkan bagi memberikan satu anjakan imej yang baru dan seterusnya mengekalkan daya saing pasar tani.
Ia mrupakan satu lambang kejayaan milik bersama usahawan tani yang menjadi peserta pasar tani dan juga pengeluar iaitu petani, penternak dan nelayan. Pasar Tani Mega memperkenalkan beberapa ciri baru yang menonjolkan suasana ceria, mesra pelanggan dan peragaan barangan yang lebih kemas, teratur dan 'hygenic' serta ruang membeli belah yang lebih luas. Sehingga akhir tahun 2006, sebanyak 35 buah Pasar Tani Mega telah diwujudkan.

Selain itu, FAMA juga mewujudkan Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) yang merupakan salah satu daripada program pembangunan usahawan di bawah bimbingan FAMA

Ia merupakan rangkaian gerai jualan buah-buahan milik usahawan sedia ada di seluruh negara yang telah dipilih untuk ditambahbaik dengan imej yang seragam dan susunatur yang kemas serta menarik.

GBBS menjadi saluran alternatif kepada pengguna mendapatkan buah-buahan yang berkualiti serta sebagai luang kepada usahawan untuk meningkat urusniaga buah-buahan. Program ini merupakan satu usaha bagi menarik orang ramai mendapatkan bekalan secara langsung dan seterusnya meningkatkan penggunaan perkapita buah-buahan tempatan.

Sehingga kini FAMA telah berjaya membangunkan seramai 163 usahawan dengan 326 gerai di seluruh negara.

OLEMAS dan AGROMAS

Olemas merupakan satu jenama nasional barangan makanan keluaran perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang telah melepasi satu tahap kualiti yang mampu bersaing dengan produk lain di pasaran.

Program penjenamaan produk keluaran PKS ini dibangunkan bersama antara jabatan & agensi di bawah kementerian Pertanian & Industri Asas Tani. Hasil kerjasama ini telah menempatkan enam jenis produk di pasaran sejak tahun 2004 iaitu Sri Kaya Madu, Kuah Rojak Madu, Sos Cili Padi, Sos Pedas Berkicap, Sos Nenas Bercili dan kuah Percik.

Agromas pula merupakan jenama produk yang diedarkan oleh FAMA. Produk-produk yang dijenamakan di bawah Agromas adalah merupakan produk-produk yang terpilih dan berpotensi untuk berkembang. ia terdiri daripada produk keluaran kilang FAMA sendiri dan juga keluaran dari kalangan pengusaha PKS tempatan yang berdaya saing dan maju.

PEMBANGUNAN SISTEM DAN KAWALAN PASARAN SERTA E-PERMIT

Dalam era globalisasi dan liberalisasi persaingan dalam pasaran hasil-hasil pertanian menjadi amat sengit. Faktor kualiti seperti penerapan 'standard' dan 'traceability', pembungkusan yang baik dan menarik akan menjadi kelebihan kepada sesuatu keluaran.

FAMA akan melaksanakan Peraturan-Peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan Keluaran Pertanian) yang menetapkan beberapa perkara berikut:-

a) Standard gred keluaran pertanian
b) Standard pembungkusan keluaran pertanian
c) Standard pelabelan kepada pembungkusan
d) Pengeluaran perakuan untuk keluaran pertanian yang akan dieksport.

FAMA juga telah mengaplikasi E-Permit bagi membolehkan permit import (menerima dan memproses permohonan permit) dikeluarkan secara elektronik. Semua informasi permit import yang diluluskan dihantar secara elektronik ke Jabatan Kastam Malaysia. Sistem ini dibangunkan secara "web-based". Perlaksanaan E-Permit telah dibangunkan pada awal tahun 2004 dan FAMA merupakan salah sebuah agensi kerajaan yang pertama melaksanakan sistem ini.

PEMBANGUNAN URUSNIAGA

Pada tahun 2008, FAMA akan terus memperkukuhkan urusniaga dengan menetapkan unjuran 10% daripada nilai saiz pasaran hasil-hasil pertanian dan akanan proses negara menjelang tahun 2010. Program pembangunan urusniaga
dilaksanakan denga tujuan untuk menjamin pasaran serta mendapatkan laluan bagi pasaran dan produk baru. Program ini dilaksanakan melalui penglibatan FAMA secara terus dalam aktiviti pembelian dan jualan hasil-hasil pertanian oleh Jabatan / Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani seperti Kontrak Pemasaran, Taman Kekal Pertanian Makanan (TKPM) dan ladang nukleus. Program ini juga dapat mengatasi masalah lambakan buah-buhan segar dalam negara yang sering berlaku pada waktu pengeluaran buah-buahan bermusim.

FAMA telah menetapkan sasaran urusniaga sebanyak RM 1002 juta meliputi jualan secara langsung sebanyak RM 100 juta ( produk segar dan proses RM 80 juta serta eskport RM 20 juta) dan jualan secara tidak langsung sebanyak RM 902 juta ( melalui pasar tani RM 350 juta, Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) RM 350 juta dan pengaturan pasaran produk proses RM 302 juta). Bagi memperkukuhkan perkhidmatan ini, FAMA telah mewujudkan lima pejabat wilayah yang akan menguruskan 34 buah pusat-pusat operasi yang akan terlibat dalam aktiviti pembelian dan jualan jasil-hasil pertanian di seluruh negara

MODAL INSAN

Insan merupakan salah satu modal terpenting yang dibangunkan bagi mewujudkan pengurusan keupayaan yang strategik dalam menyokong FAMA sebagai Organisasi Berasaskan Pengetahuan (Knowledge-Based Organization). Program latihan yang dibangunkan adalah untuk meningkatkan kompetensi di kalangan kakitangan serta usahawan.

Ahad, 21 Jun 2009

Bioteknologi sebagai Pemangkin Ekonomi Negara

Segmen Ternakan, Akuakultur, Pertanian dan Perladangan kini merupakan aktiviti yang rancak di jalankan oleh kerajaan serta sector awam dan swasta. Justru, berbagai produk dihasilkan bagi memenuhi permintaan pengusaha-pengusaha dari setiap segmen tersebut.

Pencemaran alam sekitar seperti bau busuk, habuk dan lalat juga amat penting diberi perhatian yang sewajarnya. Oleh yang demikian, perlulah ada perkhidmatan rawatan air dan bekalan produk yang sesuai untuk menghapuskan bau busuk, lalat dan pencemaran tersebut.

Ramai diantara Peladang, Penternak dan Pekebun sedang menghadapi masaalah kos makanan yang amat tinggi.

Euroforce berhasrat dan beriltizam:

* mengusahakan pengeluaran produk-produk makanan untuk ternakan haiwan dan ikan, baja untuk tanaman dan produk mengnyah bau busuk serta membendung lalat dikawasan ternakan; dengan harga yang boleh menjimatkan kos.

** berusaha memberi latihan dan bimbingan bagi mengurus dan menyelaras ternakan, tanaman dan alam sekitar dengan efektif, berkualiti dan peningkatan hasil pengeluaran.

*** sentiasa membuat kajian dan penyelidikan berkaitan BIOTEKNOLOGI yang akan memanfaatkan penguasaha-pengusaha ternakan, kebun dan ladang.

**** membantu melahirkan usahawan baru (terutama pemuda-pemudi)berkecimpung dalam bidang penternakan, pertanian dan peladangan.

***** berusahasama dengan penternak, pekebun dan peladang secara “kontrak” dimana hasil ternakan dan tanaman akan dibeli oleh Euroforce untuk dipasarkan secara pukal.

EUROFORCE sebagai PENGGERAK kepada para Usahawan ternakan dan perladangan yang memerlukan:

  • latihan dan bimbingan bioteknologi kepada usahawan-usahawan ternakan, ladang dan sebagainya.

  • memperkayakan ilmu dan keusahawanan berasaskan bioteknolgi Pengeluaran dan pembekalan Produk Aditif Pemakanan Ternakan dan Produk Pemuliharaan Alam Sekitar

  • produk-produk bioteknologi yang HALAL yang berkualiti dan berkesan yang menjimatkan kos makanan

  • khidmat pemuliharaan dan kebersihan alam sekitar kawasan ternakan, pertanian, perladangan, tasik dan sungai tercemar.

  • khidmat Perunding kepada bakal-bakal usahawan yang ingin

  • menceburkan diri dibidang pertanian dan ternakan.

  • produk-produk yang membenteras pencemaran alam sekitar

  • mempertingkatkan mutu dan hasil pengeluaran